Thursday, 19 May 2016

AWAS! JANGAN PERIKSA HANDPHONE SUAMI ... ATAU ANDA DIDENDA RATUSAN RIBU !!!


DUBAI  :  Seorang wanita berusia 30-an didenda dan diarah meninggalkan Emirah Arab Bersatu (UAE) kerana mencampuri urusan peribadi suaminya dengan memeriksa telefon lelaki berkenaan bagi memastikan suaminya tidak curang.

Wanita dari sebuah negara Arab itu didenda 150,000 dirham (RM165,366) oleh mahkamah di Ajman.

Menurut media UAE, wanita itu yang mengesyaki suaminya, juga 30-an, menjalin hubungan sulit, mengaku memeriksa telefon suaminya tanpa kebenaran dan memindahkan gambar ke telefonnya.

Suaminya membuat aduan dan minggu lalu, mahkamah memutuskan dia bersalah melakukan jenayah siber yang dihukum mengikut undang-undang menceroboh hak peribadi seseorang menggunakan teknologi maklumat. - Metro

No comments:

Post a Comment