Thursday, 3 March 2016

SAYA PERTAHANKAN PM KERANA.........


Izinkan saya memberi pendapat :

Hangat sungguh perbincangam kita hari ini. Semuanya bertitik tolak atas rasa kasih, sayang, kecewa, marah dan harapan yang cukup tinggi kita letakkan pada UMNO.
JELAS, yang berseteru telah menzahirkan perseteruan. TSMY telah secara terbuka mengajak rakyat bangkit menumbangkan PM. Tun M pula bagaikan berpatah arang berkerat rotan dengan kepimpinan semasa UMNO dan bertindak keluar parti.



APA PILIHAN YANG KITA  ADA?

Pilihan 1

Kita boleh ramai-ramai 'KEROYOK' PM kita hingga beliau tumbang, dimalukan, dan mungkin ada yang berharap dipenjarakan.

Pilihan 2

Kita boleh terus MEMPERTAHANKAN PM dengan berjuang habis-habisan.
Kita mungkin ambil pilihan ini kerana kita tahu dia juga manusia, tidak lari daripada membuat kesilapan, malahan beliau adalah individu yang dimusuhi pada tahap tertinggi oleh SETERU politiknya khususnya pembangkang, dan kini dimusuhi pula oleh mereka yang satu masa menjadi mentor atau gurunya dan juga sahabatnya.

KESAN ATAS PILIHAN :

Pilihan 1

Jika kita ambil pilihan satu maka terciptalah SEJARAH PALING AIB dalam peradaban parti keramat orang Melayu/Bumiputera ini, iaitu pemimpin utamanya dijatuhkan dengan begitu hina dan tangan-tangan yang menjatuhkan itu adalah mereka yang sering berjabat tangan dan pernah bergurau senda dengannya.


Dengan kata lain, akan tercatatlah aib terbesar dalam sejarah UMNO dan negara. Ini bermakna, arkitek politik pembangkang telah berjaya MENGALAHKAN UMNO dengan MENGGUNAKAN ORANG UMNO SENDIRI.

Pilihan 2

Jika kita pertahankan PM, bukan bermakna kita setuju dengan semua kesilapan yang dibuatnya. APAPUN, semua pertuduhan tersebut BELUM DIBUKTIKAN di MANA-MANA mahkamah sekalipun.


Maka, WAJARKAH kita ikut rentak musuh dengan menghenyaknya WALAUPUN BELUM TERBUKTI dia bersalah.

Malahan jika kita pertahankan PM, bermakna kita masih ada darah Melayu/Bumiputera, darah BANGSA yang TINGGI AKAL BUDINYA.

Jika kita pertahankan PM bermakna kita berjaya MENGGAGALKAN percaturan musuh sebenar UMNO iaitu PEMBANGKANG.

Kita lihat hari ini, ada DAP kata apa? Tidak, malah mereka berdoa dan terus berdoa untuk menunggu saat talqin dibacakan buat parti kita.

RUMUSAN 

Sebagai anak muda Bangsa Melayu, saya ambil PILIHAN 2 iaitu MEMPERTAHANKAN PM.
Saya pertahankan beliau BUKAN kerana saya bersetuju dengan semua tindakannya TETAPI kerana dia LAMBANG KEPIMPINAN TERTINGGI BANGSA SAYA.

Saya perlu bantu beliau habis-habisan, dan saya perlu lakukan apa sahaja kerana TIDAK MAHU tertulis sejarah songsang dalam UMNO di mana pemimpin tertingginya dihumban sebegitu hina.

KALAU kita mahu tukar beliau sekalipun, lakukanlah MENGIKUT SALURAN yang betul, iaitu PEMILIHAN UMNO atau PILIHANRAYA.

Dengan kata lain, mari kita mainkan peranan kita WALAU SEKECIL MANA.

KUATKAN mana yang LEMAH
LURUSKAN mana yang BENGKOK
TAJAMKAN mana yang TUMPUL


INSHAALLAH..............................

Kalau kita ikhlas, bersatu hati dan tidak gopoh, pertolongan ALLAH PASTI HADIR...

Waullahu'alam

SEORANG ANAK MUDA KAMPUNG DI CAWANGAN MENULIS...
~ Haim Hilman

(susunan semula: TandukKinabalu)

No comments:

Post a Comment