Sunday, 6 March 2016

RATU DADAH MALAYSIA DIBERKAS


Kuala Lumpur: Seorang penjenayah wanita yang mendapat jolokan Ratu Dadah Malaysia diberkas polis selepas dikesan menjadi dalang aktiviti penyeludupan dadah heroin dan pil Eramin 5 ke negara ini.

Suspek wanita berusia 50-an itu ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman di pulau peranginan Langkawi semalam, selepas intipan dilakukan polis sejak beberapa minggu lalu.

Sumber berkata, wanita itu diberkas bersama empat kilogram dadah heroin dan Eramin 5 dianggarkan bernilai lebih RM100,000.

Menurutnya, suspek dikenal pasti sebagai pembekal utama dadah ke seluruh Pulau Langkawi.

“Wanita itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah berkenaan dari tanah besar dan mengedarkannya kepada penjual kecil-kecilan di sekitar pulau itu sejak setahun lalu,” katanya.

myMetro 6 Mac 2016

No comments:

Post a Comment