Wednesday, 9 March 2016

RAMAI TERUJA TELUR BOLEH BERDIRI KETIKA GERHANA MATAHARI

telur

KUALA LUMPUR – Orang ramai berasa teruja melihat beberapa butir telur ayam yang mampu ‘boleh berdiri’ ketika berlaku fenomena gerhana matahari separa pagi Rabu.


Perkara ini disaksikan sendiri ramai pengunjung Planetarium Negara di ibu negara yang mengadakan demonstrasi itu.
Surirumah Jenny Ong, 43, berkata beliau berasa teruja kerana sebelum ini hanya mengetahui telur ayam ‘berdiri tegak’ ketika sambutan Hari Lap Choon/Li Chun (Hari Telur Berdiri) dalam kalendar masyarakat Cina.
“Berdasarkan pemahaman saya, beberapa hari sebelum atau selepas Tahun Baharu Cina, kami akan menegakkan telur di atas lantai semasa Hari Lap Choon yang dikatakan kedudukan bulan ketika itu berada dekat dengan bumi.

SUBHANALLAH.....Antara fenomena yang paling ditunggu-tunggu bila munculnya gerhana matahari ialah telur boleh berdiri tanpa sebarang sokongan.
Kajian menunjukkan berlaku tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari. Kawasan yang mempunyai medan magnetik tinggi membolehkan telur berdiri dan tidak rebah apabila ditegakkan.. 

“Namun setelah melihat demonstrasi yang ditunjukkan pegawai Planetarium Negara, baru saya tahu bahawa kejadian gerhana juga boleh menyebabkan graviti yang dapat menegakkan telur di atas permukaan rata,” katanya kepada Bernama.
Planetarium Negara mengadakan program khas pencerapan gerhana matahari separa anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pada awal pagi hari ini.
Sementara itu, Pembantu Pegawai Sains Planetarium Negara, Siti Aminah Arbain berkata telur berdiri berlaku ekoran kesan kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti.
“Dalam keadaan ini, putih telur tertarik ke bahagian atas telur manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan pada telur.
“Saintis berpendapat terdapat garis medan gravitasi antara matahari dan bumi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan ia stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak,” katanya.
Lebih 1,000 warga kota membanjiri perkarangan Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena gerhana matahari separa itu menerusi kaca mata khas dari pukul 7.30 pagi hingga 10 pagi.
Ia turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau.
Madius berkata penganjuran program tersebut dapat memberi pendedahan dan menanam minat masyarakat terhadap ilmu astronami.
“Fenomena ini hanya berlaku empat tahun sekali dan sekiranya terlepas peluang kali ini, orang ramai perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 bagi menyaksikannya semula,” katanya.
Fenomena berada di kemuncak pada pukul 8.24 pagi apabila bulan mula menutupi matahari secara perlahan selama kira-kira dua jam dan berakhir sepenuhnya apabila bayangan bulan mula hilang secara perlahan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment