Monday, 7 March 2016

PILOT MENINGGAL DUNIA KETIKA DALAM PENERBANGAN

pilot Saudi Arabian Airlines

Riyadh – Seorang juruterbang Saudi Arabian Airlines (Saudia) meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang mengemudikan pesawat yang dalam perjalanan menuju ke Riyadh dari Bisha.


Demikian menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan mengenai kejadian pada 29 Feb lalu itu, lapor Arab News.

Menurut agensi berita itu, Waleed Al-Mohammad ketika itu sedang mengemudi pesawat SV 1734 namun dilaporkan meninggal dunia sejurus sebelum pesawat tersbeut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khaled.

Pembantu juruterbang, Rami Ben Ghazi yang menyedari akan perkara itu segera mengambi alih pemanduan pesawat tersebut sebelum memaklumkan keadaan darurat.

Beliau kemudiannya menghubungi menara kawalan untuk meminta ambulans dan kakitangan perubatan bersiap sedia mengendalikan situasi itu sebaik sahaja pesawat melakukan pendaratan cemas.

Sebaik sahaja pesawat mendarat, kakitangan perubatan segera menaiki pesawat dan mengesahkan juruterbang itu telah meninggal dunia.

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecedaraan. – Agensi

No comments:

Post a Comment