Tuesday, 29 March 2016

KHIR TOYO DIBEBASKAN DENGAN PAROL

image-10

Kajang – Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo diberi parol hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang.

Permohonan bekas Menteri Besar Selangor itu diluluskan Lembaga Parol selepas mengadakan mesyuarat pada pagi Selasa.
Melalui sistem parol, Khir Toyo yang sepatutnya menjalani hukuman lebih lama sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah dibebas lebih awal oleh kerajaan dan dibenarkan berada bersama keluarga dengan pemantauan pihak penjara serta menjalani aktiviti harian.
Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.
Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

No comments:

Post a Comment