Wednesday, 16 March 2016

DAGING BURGER MCDONALD'S DI PROSES DARI LEMBU HIDUP-HIDUP ? INI PENJELASANNYA....


Dalam entry kami sebelum ini, kami telah ceritakan sedikit sebanyak penghasilan McNugget di kilang pembekal MacFood Services sebelum dihantar ke restoran makanan McDonald's..

Kali ini kami kongsikan bagaimana daging burger diproses sebelum dipacking untuk dijual..mengenai daging burger ini, rata-rata antara kita pernah dimomokkan dengan satu video seekor lembu hidup-hidup dimasukkan ke dalam mesin dan dikisar sehingga hancur..memang mengerikan..apa tidaknya lembu dalam rakaman tersebut langsung tidak disembelih lantar dihancurkan...

Video tersebut didakwa daripada kilang pembekal daging McDonald's di luar negara...apa yang kami ingin katakan ialah video tersebut adalah rekaan dan fitnah bagi tujuan memberi persepsi buruk kepada rangkaian McDonald's seluruh dunia..

Kononnya dengan tersebar video berkenaan tanggapan masyarakat akan boikot McDonald's..video tersebut kerap tersebar bila berlakunya perang Israel-Palestin..video tersebut adalah fitnah..

Untuk pengetahuan anda, mungkin agak keterlaluan jika kami katakan kilang pemprosesan daging di MacFood lebih bersih daripada dapur rumah anda..inilah realiti sebenar melalui penilaian kami..

Di rumah anda, anda tidak perlu menggunakan pakaian khas untuk menyiang ikan dan daging..cukup pakaian basahan yang anda pakai untuk melakukan kerja-kerja di dapur..bukan kami bermaksud pakaian basahan itu tidak boleh..tetapi apa yang dilakukan MacFood adalah bagi menjamin kualiti, bersih dan halal keseluruhan kilang tersebut..

Untuk masuk ke MacFood suhu badan anda perlulah 37.5 darjah celcius..jika terlebih anda tidak akan dibenarkan masuk..sebelum masuk, semua peranti elektronik perlu dikeluarkan dahulu..anda perlu memakai pakaian khas yang dijamin bersih..

Sebarang logam perlu diasingkan dari tubuh badan anda..didapur pemprosesan pula..keadaan mesin yang digunakan amatlah bersih..tiada minyak kotoran..malah setiap 3 meter akan diletakkan peti perangkap tikus..ini penting bagi mempastikan keadaan dapur pemprosesan bebas haiwan kotor tersebut..

Semua pekerja perlu memastikan tahap kebersihan terjaga..daging yang digunakan adalah daging segar beku..suhu daging perlulah -14 darjah selsius..bilamana daging yang telah siap diproses akan dibungkus dan dimasukkan ke dalam peti sejuk beku..suhu perlulah -14 darjah..

Lori untuk mengangkut daging-daging perlu memastikan suhu lori -14..jika tidak proses penghantaran daging tidak akan dilakukan..setiap daging yang diproses mempunyai sijil halal oleh JAKIM bagi mempastikan status halal tidak diragui..

Bak kata dari A-Z, keseluruhan proses mesti melalui kawalan yang ketat..di bawah ini kami kongsikan suasana dalam kilang pemprosesan daging di MacFood..pasti anda teruja dengan tahap kebersihan yang dijaga...






No comments:

Post a Comment