Friday, 25 March 2016

2 NELAYAN DITEMUI LEMAS DI SUNGAI PERAK


SITIAWAN: Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar untuk memukat ikan di Sungai Perak sejak kelmarin ditemui lemas pagi ini. 




Mayat Mohd Ghafran Man, 41, ditemui di muara Sungai Perak berhampiran Bagan Datoh pada jam 4.20 pagi, manakala rakannya, Yusof Abdul Rahim, 41, ditemui di kawasan berhampiran Kota Setia pada jam 9.05 pagi. 

 Mayat Mohd Ghafran Man, mangsa pertama yang ditemui.

Mayat Yusof Abd Rahim. Mangsa kedua yang ditemui.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Arbaan Abdul Mokti, berkata kedua -dua mayat ditemui nelayan yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). "Kedua-dua mangsa ditemui terapung di permukaan air dan mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini. 

Mohd Ghafran dan Yusof dikatakan keluar ke laut pada jam 1 pagi (24/3/2015 - Khamis dan dilaporkan hilang selepas disedari kakak seorang daripada mangsa pada kira-kira jam 5.30 petang semalam. 

Bot mangsa ditambat di Jeti Pangkalan Nelayan Kg Kayan selepas ditemui. Nota : Haluan bot yang patah bukan disebabkan insiden lemas.
Semalam, orang ramai menemui sampan mangsa dalam keadaan kehabisan minyak terdampar di pesisir Sungai Perak berhampiran Kg Spynie. Bot dipercayai ada kesan perlanggaran. 



Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Kayan selepas disolatkan di Masjid Ikramin Kg Kayan sebaik sahaja solat Jumaat selesai.

No comments:

Post a Comment