Thursday, 18 February 2016

'RATU NAGA' MENGAKU TIDAK BERSALAH HINA PM DI FACEBOOK



SEPANG 18 Feb. - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen bersifat menghina Perdana Menteri pada Oktober lalu menerusi laman sosial, Facebook.



Tertuduh, Syarul Ema Rena Abu Samah, 35, yang menggunakan nama samaran ‘Ratu Naga’ di laman sosial Facebooknya didakwa menghantar komen yang jelek dan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bertujuan menyakitkan hati pihak lain.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.



Hakim Aizatul Akmal Maharani kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM7,000 bersama dua penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan semula pada 22 Mac ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment