Sunday, 7 February 2016

PENJELASAN MENGENAI VIRUS ZIKA


PENGENALAN VIRUS ZIKA 


Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan sedang menular di negara Amerika Latin terutamanya di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi.  Malah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), termasuk seramai 4 juta penduduk USA  yang berkemungkinan besar akan dijangkiti sehingga akhir tahun 2016.  Pusat Kawalan dan Pencegahan Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.  Nyamuk Aedes yang merupakan penyebab demam denggi adalah punca penyebaran virus ini.


APA ITU VIRUS ZIKA ?

 Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya. Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika.  Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.



'Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan yang sewajarnya dengan membersihkan kawasan persekitan rumah dengan kadar lebih kerap supaya tempat pembiakan nyamuk aedes dapat dihapuskan"

INFO VIRUS ZIKA 

Maklumat ringkat mengenai Virus Zika yang patut anda tahu :

  1.  Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007.
  2. Virus disebarkan oleh nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  3.  Aedes jenis  aegypti merupakan spesis paling banyak menyebarkan Zika dan aedes ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang.
  5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015.
  6. Nyamuk aedes biasanya aktif pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam air jernih yang bertakung dan hanya memerlukan jangkamasa seminggu sahaja untuk menjadi nyamuk dewasa.

SIMPTOM UTAMA DEMAM ZIKA 

Ia menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi :
  1. Sakit kepala
  2. Ruam pada kulit
  3. Sakit sendi
  4. Mata kemerahan

RAWATAN DEMAM ZIKA ?

Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika. Bagaimanapun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka yang dijangkiti dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.



KESAN VIRUS ZIKA

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.


Di Brazil,  dilaporkan terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut. Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.


BAGAIMANA ZIKA BOLEH MENYEBABKAN KECACATAN OTAK PADA JANIN ?
  1. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.
  2. Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

zika virus
Foto sumber Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa
MALAYSIA BEBAS VIRUS ZIKA ?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jumaat, mengesahkan tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.


PERLUKAH LAWATAN ANDA DIBATALKAN  ?

Menurut satu kenyataan media WHO, mereka menasihati orang ramai untuk tidak melakukan perjalanan ke negara-negara yang dijangkiti virus Zika. 

Namun, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 19 Januari, buat masa ini pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan perjalanan ke negara-negara yang dijangkiti virus. 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimanapun menyarankan orang ramai yang ingin melawat ke negara-negara yang dijangkiti virus Zika agar mengambil langkah-langkah pencegahan yang sama digunakan untuk mengelakkan penyakit denggi.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM;

1. Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu.

2. Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.

3. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr.Noor Hisham bin Abdullah berkata KKM akan terus mempertingkatkan pemantauan kejadian jangkitan virus Zika di Malaysia.

Malah, agar orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.


SUMBER :  Astro Awani dan Google

No comments:

Post a Comment