Tuesday, 16 February 2016

PEMAIN BOLASEPAK TEMBAK MATI PENGADIL YANG LAYANGKAN KAD MERAH KEPADANYA


ARGENTINA: Seorang pengadil dibunuh di Argentina selepas dia melayangkan kad merah kepada seorang pemain muda. Cesar Flores ditembak tiga kali oleh pemain terbabit selepas dilayangkan kad merah dengan dia masih lagi bebas dan diburu pihak polis.

Insiden ini berlaku di Cordoba, Argentina yang menyaksikan pemain itu melepaskan tembakan ke arah pengadil malang terbabit selepas dipaksa keluar padang kerana memukul pemain lawan.

Seorang lagi pemain, Walter Zarate, turut terkena tembakan dan dibawa ke hospital, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut polis, Flores maut di tempat kejadian selepas tiga tembakan mengenai bahagian kepala, leher dan juga dadanya. - BH/Agensi

No comments:

Post a Comment