Friday, 26 February 2016

(FOTO) : PESAWAT TUDM MENDARAT CEMAS DI KAWASAN PANTAI KUALA SELANGOR

20160225230321

Sebuah pesawat pengangkut CN235 membuat pendaratan cemas berhampiran pantai Kuala Selangor pada jam 8.50 pagi tadi. Pesawat tersebut adalah milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.

10409421_1679028292198868_8059686813125403043_n
Semasa kejadian berlaku, pesawat tersebut membawa seramai lapan anak kapal. Kesemua mereka dilaporkan selamat dengan bantuan nelayan tempatan yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
20160225202107
TUDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menubuhkan satu unit penyiasat bagi mengenalpasti punca berlakunya kejadian. TUDM juga akan berusaha untuk membuat recovery pesawat tersebut.
12745461_1679028342198863_4374679788483163179_n
Pesawat CN235 adalah pesawat pengangkut yang boleh memuatkan maksimum 35 penumpang, mempunyai dua kipas dan lebih kecil berbanding C130. Difahamkan, antara penumpang terbabit adalah tiga anggota berpangkat Mejar, Kapten (1), Leftenan (1), Pegawai Waran (1), dan Sarjan (2).
12741874_884911588296623_8762921390569531105_n

 UPDATE : Lapan anak kapal pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu kemudiannya  dibawa ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan rawatan.
10441307_1679028315532199_4024490765664549933_n

TUDM dalam kenyataannya hari ini menyatakan kesemua anak kapal itu diterbangkan dengan helikopter EC 725 dan mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 10.18 pagi Jumaat.
Sejurus tiba di Pangkalan Udara Subang, doktor perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat pemeriksaan ke atas kesemua anak kapal itu.
TUDM sedang menumpukan usaha untuk membawa keluar pesawat CN235 dari kawasan insiden dan menempatkan anggota Pasukan Khasnya di kawasan itu bagi mengawal keselamatan di tempat kejadian.
20160225202105

Ia juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan penduduk di sekitar pantai Kuala Selangor yang memberikan bantuan awal kepada semua anak kapalnya.
Lapan anak kapalnya selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan di kawasan itu. 
Sumber : MyNewsHub, Bernama

No comments:

Post a Comment