Wednesday, 13 January 2016

SEJARAH CUBA PADAM KISAH KEHEBATAN JONG MELAYU ???


Kalau anda merasakan bahawa artikel ini patut diketahui oleh anak Melayu di luar sana, maka sebarkanlah ia semoga mereka tahu sesungguhnya ,mereka pernah hebat suatu masa dahulu.


Lakaran jong di atas dibuat berdasarkan lakaran yang dibuat di Melaka dalam tahun 1613 oleh bangsawan, askar dan sarjana Portugis bernama Godinho de Eredia (yang lahir di Melaka). Ini bermakna lakaran Eredia ini dibuat ketika penghujung zaman Jong Melayu.

Di penghujung zaman Jong Melayu ini, jong-jong Melayu telah juga sedikit sebanyak meniru cara pembuatan kapal Cina. Ini bermakna lakaran Eredia ini bukan semestinya 100% bentuk Jong Melayu asal. Cara pembuatan Jong Melayu (yang berbeza daripada pembuatan Jong Cina) ialah perut Jong Melayu berbentuk V, badan Jong Melayu tidak mempunyai rangka, dan paku tidak digunakan dalam pembinaan Jong Melayu.

Apa yang pasti adalah Jong Melayu yang asal adalah besar saiznya. Gambar galleon (kapal Portugis zaman dahulu) diletakkan di hadapan jong bagi menunjukkan kemungkinan perbandingan saiz Jong Melayu dengan galleon, berdasarkan catatan-catatan orang Portugis dahulu berkenaan Jong Melayu seperti.

“Flor De La Mar mempunyai geladak haluan dan geladak buritan yang tertinggi antara galleon milik Portugis, dan ini cuma sekadar hampir menyamai geladak Jong Melayu sahaja…” (Portuguese Documents On Malacca mukasurat 213)

“Jong Jawa pertama yang diceritakan besarnya oleh orang Portugis ialah yang mereka tawan dalam tahun 1511 dalam pelayaran ke Melaka…seberat anggaran 600 tan, jong tersebut tingginya seperti menara berbanding dengan kapal Portugis…setelah menawan Melaka, orang Portugis mengenalpasti Pulau Jawa sebagai tempat pembuatan jong yang terbaik” (Anthony Reid, South East Asia In The Age Of Commerce mukasurat 59 merujuk keapda dokumen Portugis)

“Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam” (Portuguese Documents On Malacca mukasurat 213)

“Anak Raja Pedir turun daripada jong dengan tangga yang mempunyai lebih 20 anak tangga, begitu tinggi sekali jong anak Raja Pedir tersebut” (Portuguese Documents On Malacca mukasurat 215) Jika satu anak tangga adalah cuma satu kaki sekalipun, ini bermakna tinggi geladak jong adalah lebih daripada 20 kaki, atau pun empat kali tinggi orang.

Kapal jenis galleon dibina oleh Portugis (yang mencipta kapal jenis ini) khusus sebagai kapal perang. Ia juga digunakan untuk berdagang. Kapal jenis ini terus ditiru oleh orang Sepanyol dan Inggeris kemudiannya. Sebaliknya, Jong Melayu pula dibina khusus sebagai kapal dagang untuk muatan berat. Tetapi, Jong Melayu juga digunakan sebagai kapal perang oleh orang Melayu. Mengikut pengalaman orang Portugis.

Tahun 1513, Patih Yunus mengepalai serangan angkatan laut kerajaan Mataram di Pulau Jawa terhadap Portugis di Melaka. Seorang Portugis, Fernando Peres de Andrade, menyatakan.

“Jong Patih Yunus begitu besar sekali sehinggakan Anunciada (kapal perang panglima laut Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus, tidak lagi kelihatan seperti sebuah kapal” (Ahmad Jelaini Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Selat Melaka, Abad Ke-15 Hingga Ke-18 mukasurat 159 merujuk kepada tulisan Cortesao A, 1967 berkenaan catatan The Suma Oriental Of Tome Pires)

Tahun 1512 – 1515, Tome Pires, seorang Portugis di Melaka, menulis tentang Melaka dan sekitarnya. Kata Tom Pires.

“Jong Melayu dan Jong Jawa yang berpangkalan di Melaka kerap belayar untuk berdagang ke negeri China dan mengikut apa yang diketahuinya jong-jong Melayu dan Jawa ini patuh dengan kehendak pentadbir pelabuhan Canton agar berlabuh jauh daripada pantai kerana orang Cina bimbang sebuah sahaja Jong Melayu ini boleh menewaskan 20 buah kapal Cina” (Anthony Reid, Southeast Asia In The Age Of Commerce mukasurat 59 merujuk Tome Pires, Suma Oriental mukasurat 122-123)

“Tahun 1629, Sultan Iskandar Muda Aceh menyerang Portugis di Melaka. Jong perang Sultan Iskandar Muda bernama Cakra Dunia, digelar oleh Portugis sebagai Espanto del Mundo bermaksud Penggegar Dunia kerana besarnya sepanjang 100 meter dengan tiga layar dan meriamnya yang banyak.” (Ahmad Jelani Halimi mukasurat 159-160, merujuk kepada Lombard D.1986, Kerajaan Aceh)

“Jong Sultan Iskandar Muda Acheh tersebut begitu menarik sekali kepada orang Portugis maka ia ditawan dan dibawa balik ke negara Portugal.” (Anthony Reid op.cit mukasurat 59)

Empat buah Jong Melayu bersaiz besar yang disebut dalam catatan orang Portugis ialah Jong Putera Sultan Pedir yang ditemui di Selat Melaka menuju ke Melaka dalam tahun 1511, Jong Sultan Pasai yang terusir juga ditemui di Selat Melaka menuju Melaka pada tahun 1511. Jong Patih Yunus yang datang menyerang Melaka dalam tahun 1513 dan Jong Sultan Iskandar Muda Acheh yang bertarung dengan Portugis di Selat Melaka dalam tahun 1629. Anthony Reid dalam bukunya Charting The Shape Of Early Modern Southeast Asia (Iseas, 2000) menggunakan istilah leviathan mukasurat 59 untuk menggambarkan Jong Melayu. Leviathan dalam bahasa Inggeris membawa makna Sea Monster (Raksasa Laut) atau Huge Ship (kapal yang amat besar). 


No comments:

Post a Comment