Ibu tunggal Nor Azimah Ibrahim yang hilang di Madinah, pernah menghubungi kenalannya di Tanah Suci untuk mengetahui proses perkahwinan dengan warga Arab Saudi atau rakyat Malaysia yang menetap di sana.
Abdul Aziz Abas, yang kini menetap di Madinah mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Islam Madinah, berkata Nor Azimah menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp bertanyakan perkara berkenaan, beberapa hari sebelum dia dilaporkan hilang.
“Bila dia yang bercakap begitu, saya menjadi takut…sebab, nanti susah pula saya nak kena uruskan kahwin…apa semua. Saya sibuk dengan belajar, peperiksaan, buat tesis,” katanya ketika dihubungi Bernama TV di sini, Ahad.
Abdul Aziz berkata Nor Azimah, 31, adalah kenalannya semasa menuntut di sebuah kolej di Malaysia.
Abdul Aziz berkata beliau kemudian meminta Nor Azimah menghubungi isterinya untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung proses perkahwinan itu.
“Saya kata pada Azimah untuk urusan lanjut hubungi isteri saya,” katanya sambil menambah Nor Azimah kemudian tidak lagi menghubungi beliau atau isterinya selepas itu.
Abdul Aziz berkata dia juga telah dipanggil memberi keterangan oleh pihak berkuasa Arab Saudi susulan kehilangan Nor Azimah.
Nor Azimah yang mempunyai seorang anak perempuan dan berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lepas.
Ibu mangsa, Zamhani Zakaria, 52, sebelum ini berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu ialah pada 19 Disember lepas.
Zamhani yang tiba di tanah air pada 23 Disember lepas, berkata mereka sekeluarga sepatutnya pulang ke Malaysia pada 22 Disember lepas.
Mungkinkah beliau sudah bernikah dengan warga Saudi ? Kenapa tidak menghubungi ibubapanya ?
DIA bukan HILANG tapi MENGHILANGKAN DIRI.
ReplyDeleteKes ni sama macam kes budak 14 tahun yang kononnya
diculik oleh van putih, padahal duduk dengan boyfrennya.
Dia ni JANDA 31 tahun yang gersang.
Dia bertanya kawan dia yang sedang buat Masters di Mekah, macam mana
nak kawen dengan Pak Erab di Mekah...........?????
Maknanya, dah lama dia merancang nak menghilangkan diri.
Kesian mak bapak dia tercari-cari.
Padahal dia berada dalam pelokan Pak Arab 10 inci....HEHEHE