Saturday, 23 January 2016

BIL MAKAN MALAM DI KEDIAMAN PM BERNILAI RM19,284.80 SEHARI : ME'NATE STEAK HUB DIFITNAH !!!


KUALA LUMPUR – Me’nate Steak Hub hari ini tampil menafikan tuduhan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak melanggan hidangan makan malam untuk keluarganya bernilai RM19,284.80 sehari dari salah sebuah premis Me’nate Steak Hub yang dihidangkan di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana.



Menurut kenyataan media rasmi di laman facebook rasmi Me’nate Steak Hub, gambar tanda harga (docket) daging yang disebarkan adalah palsu dan ianya satu tuduhan fitnah.

Gambar docket yang diviralkan tersebut adalah tidak sama dengan sistem format penggunaan di semua premis Me’nate Steak Hub.


Me’nate Steak Hub turut meluahkan rasa dukacita diatas perkara ini dengan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan politik mengheret perniagaan mereka dalam isu dan kancah politik.



Berikut kenyataan rasmi penuh yang dipetik dari facebook Me’nate Steak Hub:



Me’nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri Perdana baru-baru ini.

Setelah kami menyemak tanda harga tersebut adalah PALSU dan tidak terdapat di dalam sistem inventori kami.

Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me’nate Steak Hub di semua outlet kami ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai barcoding yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan.

Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal. Jika makan steak dan Matsusaka manakan boleh ada nasi dan lauk lauk lain.

Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me’nate.

Kami berasa amat-amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini.

Pihak kami sedang merancang serta sedang mendapatkan nasihat peguam kami dan sedang di dalam proses untuk menasihatkan kami akan bentuk tindakan undang-undang yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan KEPALSUAN dan FITNAH ini.

Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan.

SUMBER  -  Suara Anak Muda FELDA

No comments:

Post a Comment