Thursday, 21 January 2016

BARANGAN RUMAH DATUK HAMIDAH OSMAN BERJAYA DILELONG PADA HARGA RM100,000 SAHAJA


BATU GAJAH : Barangan dalam rumah bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng yang dipecat, Datuk Hamidah Osman, dilelong pagi ini pada harga RM100,000.


Barangan itu dilelong susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Hamidah yang juga bekas EXCO kanan Negeri Perak, membayar RM200,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berhubung satu kes saman malu.

Proses lelongan itu bermula pada jam 10.30 pagi bagi melelong 62 unit kelengkapan rumah dan tiga set kelengkapan bilik tidur yang terdapat dalam rumah Hamidah di Kampung Tersusun Batu Gajah di sini pada harga bidaan RM200,000.



No comments:

Post a Comment