HAI Dayak....
berubah lah sempena tahun baru..
Hai Dayak....
berubah lah sempena tahun baru..
Hai Dayak....
Tanahmu semua dirampas orang ternama melayu dan kroni bn ,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya bukan kamu,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
Orang bangla pula menjadi Jaga,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung jaja karpet merata,
Lalu dayak ada apa?
harapkan ketua masyarakat , saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
harapkan tulisan, alkitab pun di hina,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai dayak!!!??
masih tak puas di perbodohkan?
sibuk mahu menjadi orang beriman dan berpangkat,
rupanya rumah panjang menjadi usang dan kosong, hantu jadi penunggu,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang,
duduk warung, mengunyah sirehpinang, merokok dan minum tuak,
Hai dayak !
konon kau pantang di cabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar,
kau dayak aku melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa dayak tak macam dulu.....
Hai Dayak!!!!
jari mu hebat bertutur di gereja alam maya,
bila berdepan tindasan kau tidak berdaya,
kau cuma tahu ber sambahyang mengharap Tuhan ,
Hai Dayak!!???
kau melaung-laung di kaki lima ,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia sudah digadai kepada sepet yang kaya termasuk pemimpin pemimpin yang mendarhaka!
Hai dayak!!!!!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai Dayak!!!!!
sedarlah demi bangsa mu,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa mu,
kerana kaharah bukan lagi milik mu !
aku pun bumiputera ,
engkau pun bumiputera,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki di antara kita harus di guris,
Bersatulah dayak ! kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsamu untuk berjasa dan berkuasa.......
Pedih menyengat..... Untuk amuhasabah diri kita...
*JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI DAYAK YANG LAYU DI TANAH SENDIRI...BODOHNYA KAMU ORANG LAIN KETAWA SBB TDK BELAJAR DARI KEPAHITAN HIDUP AKIBAT D TIPU......Sedarlah dan bangunlah jika betul nak mercu Dayak Maju.
DASAR ORANG TUA YANG TAK MALU DAN NYANYUK. SASTERAWAN NEGARA YANG HILANG ARAH AKIBAT MINDA DICEMARI DAP.
Ayat sajak yang lain tu kita malas la nak komen cuma yang kita tertarik "ayat" sajak Samad Said yang berbunyi"harapkan tulisan, alkitab pun di hina,"
ReplyDeleteOrang tua ni masih tak perasan lagi rupa-rupanya. Al Kitab adalah kitab modified terjermahan ke Bahasa Melayu dari kitab The Holy Bible bahasa Inggeris. Isu kontroveis adalah kerana Al Kitab dgn sewenang-wenangnya cuba meletakkan dan menggantikan perkataan gantinama seperti GOD, FATHER dan LORD kepada nama ALLAH. Padahal kesemua paderi Keristian seluruh dunia menganggap "Tuhan" yang disebut sebagai GOD, FATHER dan LORD itu ada anak. Sedar ke orang tua ini bahawa pendirian yang sangat merbahaya itu boleh menempah dosa syirik?
Sajak diatas adalah cetusan rintihan hati Samad Said yang dengan sendirinya cukup untuk menampakkan dirinya yang menyokong "perjuangan" paderi Keristian Evangelist untuk menggunakan kalimah ALLAH itu. Tujuan pihak gereja Evangelist adalah jelas bagi menarik dan mengelirukan orang Melayu yang senang untuk mereka kelirukan dan murtadkan akidah mereka semua.
Bagi seorang tua yang kamu kata nyanyok, bagus sajak
ReplyDeleteA.Samad Sid ni. Tak usahlah kutuk dia, nanti kamu yang
nyanyok, sebaliknya, cer kamu tulis sebuah sajak
untuk menandingi sajak ini. Jangna asik nak naynyi
sajak lapuk 'Anak kecil bermain api'. Buatlah yang
lebih bertenaga macam "Najib bersih sesuci embun pagi'.
KIHKIHKIHKIH atau...'Dua perpuluhan enam billion,
derma ajaib"