Memalukan betul.., bekas Ketua Muslimat PAS ni dah lupa dosa dan pahala ketika menulis didalam media sosial agaknya. Gambar lama tentang rampasan penipuan Forex ini telah dijadikan modal untuk menyebarkan fitnah bagi memburukkan sesama Islam.
Mungkin Siti Zailah lupa bahawa syurga dan neraka itu dicipta untuk semua manusia. Bukan bermakna Siti Zailah memegang jawatan Ahli Parlimen dan berparti cap bulan, maka hanya syurga sahaja dikhaskan untuk dirinya.
Status wakil PAS ini ternyata sangat sangat dan berniat untuk memfitnah lebih 2000 perwakilan UMNO yang sedang bersidang di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Ini bermakna, jika status yang dimuatnaik oleh Zailah itu tidak benar, ia jatuh kepada fitnah.
Dan itu juga bermaksud bahawa, wakil PAS tersebut berhutang dosa kepada setiap perwakilan UMNO yang ada di PWTC. Nauzubillah!! Sanggupkah Zailah pergi meminta maaf kepada setiap seorang perwakilan UMNO yang difitnahnya?
Jangan pula wakil PAS ini mahu berdalih dengan mengatakan dia hanya bertanya didalam status tersebut. Budak kecil yang baru kenal Facebook sekalipun tahu bahawa tulisan berkenaan dibuat semata-mata dengan niat untuk memalukan UMNO serta memanjangkan fitnah.
Mungkin Siti Zailah boleh menipu manusia didalam dunia dengan menafikan semua fitnah yang dia buat, tetapi jangan fikir Tuhan juga mampu ditipu dengan begitu mudah.
Diharap wakil PAS Rantau Panjang ini bertaubat dan memohon keampunan dari Tuhan diatas segala perbuatan jijiknya itu. Inilah yang dimaksudkan dengan manusia yang bertopengkan agama.., berperwatakan seperti manusia Alim tetapi mempunyai hati serta pemikiran yang sangat keji! - Big B/Utaranews.com
No comments:
Post a Comment