Thursday, 12 November 2015

PELAKON SYAZWAN ZULKIFLI PUKUL PENGACARA TV


PELAKON Syazwan Zulkifli dikatakan telah mengasari teman wanitanya yang juga hos program HLive Astro, Shenty Feliziana.


Pada mulanya mereka hanya berbincang mengenai hala tuju hubungan mereka sehinggalah berlaku salah faham dan Syazwan pun naik tangan pada Shenty...

Bagaimanapun, Syazwan seolah-olah 'tidak ada perasaan' bersalah apabila beberapa ketika selepas insiden tersebut boleh pulak upload gambar Shenty kat laman Instagramnya dan meluahkan rasa rindu!


Menerusi gambar yang disebarkan di media sosial, wajah Shenty kelihatan bengkak dan sedikit lebam akibat pukulan Syazwan.

“Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami. Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan… dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan,” jelas Shenty..

Shenty bagaimanapun telah membuat laporan di Balai Polis Kuang, Selangor atas faktor keselamatan selepas insiden tersebut.  Tetapi difahamkan Shenty telah mengambil keputusan menarik balik laporan polis yang dibuat atas beberapa sebab, antaranya perihal kesihatan melibatkan bapa Syazwan yang menghidap sakit jantung.. 

Shenty enggan menambahkan lagi beban keluarga Syazwan dan Shenty juga telah pun memaafkan perbuatan Syazwan ke atas dirinya. 

Huhh! Belum jadi isteri dah naik tangan.... dh duduk serumah nnti lagi la senang naik tangan sebab dah 'halal' kan... Kau memang kaki pukul ke Syazwan ?  Kau ni baran yekk ??  Muka hensem.. lakonan pun boleh tahan... tapi perangai baran!!! Aku bukan apa... memang pantang aku lelaki baran suka pukul perempuan ni!!! Aku sarankan elok la perempuan2 ni belajar seni mempertahankan diri. Mana tahu dapat pasangan kaki pukul... boleh fight habis2an!!! Hehehe...

No comments:

Post a Comment