Monday, 23 November 2015

MALAYSIAKINI GEMAR LAGA-LAGAKAN PEMIMPIN UMNO


Baca entry terdahulu... DI SINI

Ternyata... Malaysia Kini (MK) secara terbuka cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO menjelang Perhimpunan Agong UMNO 2015 (PAU2015) yang kan berlangsung pada 8 - 12 Disember 2015.


Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Aziz Kaprawi menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau mengeluarkan kenyataan seperti yang diviralkan oleh MK itu.  

Saya menggesa Malaysiakini untuk perbetulkan laporan di bawah

Dalam ucapan saya pada Perjumpaan 4 Peringkat Bahagian UMNO Bayan Baru saya menyebut, "Tindakan Timbalan Presiden Parti dilihat tidak seiring dengan pucuk pimpinan dan ini sangat membimbangkan. Kita tidak mahu ada duri dalam daging"

Saya nafikan sekeras-kerasnya  laporan Malaysiakini yang mengatakan saya mengaku wujudnya gerakan singkirkan Timbalan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO bulan depan

Ini adalah cubaan jijik Malaysiakini untuk memecah belahkan parti UMNO menjelang Perhimpunan Agung UMNO.

No comments:

Post a Comment