Tuesday, 3 November 2015

DAP BUKTIKAN ANTI-MELAYU !!!



KEKALAHAN KAUM MELAYU DALAM DAP TIDAK DISIARKAN MEDIA.

PEMILIHAN DAP SELANGOR BUKTI KAUM CINA MENOLAK MELAYU DALAM JAWATANKUASA DAN BUKTI TIADA TEMPAT UNTUK KAUM MELAYU.



UNTUK MENGABURI MATA TIGA CALON MELAYU DILANTIK DALAM JAWATAN KUASA.

Kekalahan Edry Faizal Eddy Yusof dalam pemilihan kepimpinan DAP Selangor pada Ahad patut sangat menjadi bahan renungan orang terpelajar macam Dr Abdul Aziz Bari yang merasa parti itu wadah terbaik beliau berteduh.

Begitu juga bagi Young Syefura Othman yang selalu kelihatan berarak ke sana kemari dengan Dyana Sofea,bekas calon pilihanraya kecil Teluk Intan yang ditonjolkan sebagai ikon muda Melayu dalam DAP.

Edry Faizal bukanlah nama besar dalam DAP, namun kekalahan calon tunggal Melayu ini dalam pemilihan Ahli jawatankuasa DAP Selangor seolah memberi gambaran tentang penerimaan orang Melayu dalam parti itu.

Beliau cuma mampu dapat 272 undi yakni tempat ke 22 dari 15 jawatan yang dipertandingkan.

Dr Aziz dan Young Syefura tidak bertanding.

Kata orang kalau betul DAP hendak buka luas pintunya kepada orang Melayu apa salahnya sekurang-kurangnya bagi satu tempat pada orang Melayu melalui undi perwakilan.

Namun perwakilan di pemilihan yang diadakan pada Konvensyen DAP Selangor di Petaling Jaya nampaknya masih kedekut hendak bagi tempat kepada orang melayu.

Sebaliknya sebagai langkah yang dikatakan cuma 'gula-gula' ...Dr Aziz,Young Syefura dan Edry Faizal dilantik untuk duduk dalam Jawatankuasa DAP Selangor.

Dr Aziz ialah bekas pensyarah UIA dan pakar dalam bidang perundangan perlembagaan yang sebelum ini kerap muncul dalam media dan forum.

Dr Aziz pernah tewas bertanding kerusi Parlimen Sabak bernam atas tiket PKR pada pilihanraya umum ke 13 menyertai DAP pada 30 Julai tahun ini.

Young Syefura pula menyertai DAP pada 2014.

Mungkin ketiga mereka boleh duduk sembang panjang dengan otai Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga menyertai DAP tentang strategi bagaimana orang Melayu hendak tembus masuk ke dalam kepimpinan arus perdana DAP.

Dari segi pandangan politik lantikan mereka ke dalam Jawatankuasa DAP Selangor seperti ini dikira tidak lebih sebagai 'penghias tingkap' saja.

Bagilah apa alasan sekalipun, mengambil kira 'action speaks louder than words' jelas sekali perwakilan akar umbi DAP yang didominasi kaum Cina itu masih ' tak pandang' kepimpinan Melayu dalam parti itu.

Kayu ukur sebenarnya ialah pilihan yang dibuat oleh perwakilan yang mengundi.

Senario macam ini bukanlah pertama kali.Pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2013 semua calon Melayu tewas.Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera,Pulau Pinang Zairil Khir Johari dibawa masuk selepas kiraaan semula undi.

Dalam pemilihan kepimpinan DAP Selangor menyaksikan 15 jawatan yang dipertandingkan dimenangi oleh kaum Cina dan India dan Sikh.

Tony Pua mengekalkan kerusi Pengerusi DAP Selangor manakala undi terbanyak kerusi jawatankuasa diraih oleh Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo.

Gobind Singh Deo (736 undi) , Lau Weng San (695), Ean Yong Hian Wah (668), Ronnie Liu (649), V Ganabatirau (581), Hannah Yeoh (554), Ng Sze Han (524), Tony Pua (495), Bryan Lai (474), Ng Suee Lim (473), Eddie Ng (442), Lee Kee Hiong (435), Tiew Way Keng (426), Teng Chang Khim (414), Ong Kian Ming (414).

Tony Pua yang mengulas mengenai ketiadaan orang Melayu yang terpilih menolak masih wujud isu perkauman apabila tiadanya orang Melayu yang dipilih.

Beliau mendakwa faktor utama menyaksikan tiadanya kaum Melayu dipilih kerana rata-rata calon masih baru terlibat dalam parti.

“Tidak ada isu ini mengenai tiada Melayu. Mereka undi pada calon yang mereka kenal dan bukannya berdasarkan kaum,” katanya pada sidang media selepas konvesyen itu.

Betul ke Tony ?

Juga jangan lupa bos DAP Selangor itu dengan penuh yakin sudah palu gendang perang hendak langgar lapan kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi PAS di Selangor. - SUMBER

No comments:

Post a Comment