Belum pernah lagi dalam sejarah perlawanan akhir kejohanan bola sepak di mana-mana negara, empat gol yang dijaringkan oleh sebuah pasukan tidak dikira dan akhirnya mereka kalah 0-1.
Itulah ceritanya di Stadium Central Republican di Dushanbe, Tajikistan apabila pasukan FC Istiklol terpaksa menerima kekalahan perit 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan empat gol mereka tidak dikira. Dua offsaid manakala dua lagi gol dijaringkan dianggap foul.
Timbul sudah cerita bahawa, ada unsur syaitan yang membantu kemenangan JDT malam itu biarpun rakyat negeri itu menyambutnya dengan meriah kemenangan yang dianggap bersejarah itu.
Selain dari para penyokong Istiklol sendiri, twitter rasmi kelab berkenaan turut melabelkan pengadil dari Jepun, Minaru Tojo sebagai syaitan kerana menidakkan empat gol yang dijaringkan oleh Istiklol.
Kekalutan berlaku apabila jaringan pada minit ke-13 oleh Istiklol tidak dikira kerana ada berlaku foul yang dilihat oleh pengadil tetapi jika dilihat daripada gol yang dijaringkan, ia sepatutnya dikira.
Selepas itu barulah jaringan kemenangan JDT hadir dari Leandro yang kekal hingga tamat perlawanan menjadikan pasukan JDT pasukan dari Asia Tenggara pertama memenangi Piala AFC berkenaan.
Selepas itu barulah jaringan kemenangan JDT hadir dari Leandro yang kekal hingga tamat perlawanan menjadikan pasukan JDT pasukan dari Asia Tenggara pertama memenangi Piala AFC berkenaan.
Kemudian, gol kedua Istiklol pada minit ke-51 nampak jelas bahawa pemain yang menjaringkan gol tidak berada dalam kedudukan offsaid ketika menerima bola dari rakan sepasukannya sebelum membuat jaringan namun tetap juga dinafikan oleh pengadil.
Kalau benarlah syaitan yang membantu kemenangan ini, pastinya ia adalah syaitan yang besar kerana empat gol dalam satu perlawanan semuanya tidak dikira oleh pengadil dari Jepun berkenaan bersama-sama dengan pembantunya.
Para penyokong pasukan berkenaan di Tajikistan begitu marah dan mahu perlawanan itu diadakan semula ekoran jelas tindakan pengadil yang berat sebelah dan mungkin ada campur tangan dari mana-mana pihak untuk menjayakan perancangan syaitan besar berkenaan.
– PRU14.tv

No comments:
Post a Comment