Friday, 23 October 2015
SOALAN TATABAHASA TAHUN 5 SINDIR NAJIB ???
Hairan bin pelik… Nama soalan tatabahasa tapi apa yang hairannya kenapa harus ada nama perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak?? Bertambah pelik apabila soalan tatabahasa tapi tanya soalan pasal artis hahahaha! Ini bukan soalan dalam rancangan hiburan televisyen beb.
Apa agaknya ek motif sebenar si pereka soalan ni, sudah la tanya murid pasal hiburan dan bukannya pasal pelajaran. Lepas tu pilihan jawapan pulak letak nama Datuk Seri Najib haha! Haru biru betul la si pereka soalan ni pun. Nasib baik nama pereka soalan dalam buku ni tiak didedahkan.
Gambar yang menunjukkan soalan tidak masuk akal itu menjadi viral dan dijadikan bahan jenaka oleh pengguna laman sosial. Mungkin niat si pereka soalan tatabahasa tu memang untuk mempermainkan Najib kot noh sebab tu dia buat macam tu. Apa-apa pun tahniah kepada si pereka soalan tatabahasa ini, kerana anda telah berjaya mempermainkan dan mempersendakan perdana menteri negara.
Dengar kata ini adalah soalan tatabahasa untuk pelajar tahun lima. Cuba korang bayangkan jika murid-murid sekolah rendah sudah dihasut dengan permainan politik dengan pengaruh yang agak kotor ini. Tak mustahil minda dan pemikiran mereka akan turut terpengaruh untuk membenci kerajaan.
Licik betul dorang ni kan. Bagi kita yang berfikiran positif mungkin kita akan menganggap perkara ini sebagai perkara biasa. Tetapi bagi orang yang berfikiran jauh, pasti mereka tidak mahu kanak-kanak seusia ini terdedah dengan mainan politik kerana permikiran mereka masih belum matang.
-TiraGomez/UtaraNews.com
No comments:
Post a Comment