Wednesday, 7 October 2015

CALON SPM KANTOI AMBIK DADAH DI BELAKANG SEKOLAH ALASAN TENSION ???


Budak-budak lain dok bertungkus lumus dok siap sedia nak menghadapi exam besar yang tinggal kurang sebulan aje lagi, diorang dok terkinja-kinja kejar najis dadah tu.


Yang tak boleh blah tu empat orang pelajar SPM sebuah sekolah di Lembah Keramat yang kantoi kena tangkap masa dok melepak belakang kawasan sekolah tu bagi alasan paling bangang ambik dadah sebab kononnya dok tension nak menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Salah seorang tu bagi alasan ambik dadah ni bantu dia kuat ingatan dan fokus pada sesi pembelajaran. Elehhhh.. Orang yang ambik dadah ni memang ‘pandai’ cakap kosong aje pun tapi seribu patah perkataan keluar dari mulut diorang, satu tak boleh pakai!

Ni kalau masok universiti pun nak kena ambik dadah la, belajar kat sana bertimbun-timbun dengan assignment pulak! Lagi tension…!!! Bodoh betul diorang ni, tension apa sangat kalau otak tu kosong aje pi sekolah pun.

Mak bapak dok bekerja keras hantar pi sekolah jadi budak berguna, tapi pi sekolah dok buat perangai liar sampai terlibat dengan dadah. Sebab tak pandai jaga diri, lingkup habis.. - Utaranews.com.

No comments:

Post a Comment