Wednesday, 28 October 2015

ARTIS POPULAR ASMIRANDAH JATUH MISKIN SELEPAS MURTAD ???

asmi.jpg
INI cerita agak lama... Kisah artis Indonesia bertukar agama dan sekaligus MURTAD, bukanlah cerita baru.... Namun, terkini cerita artis Lukman Sardi menjadi perbincangan ramai kerana beliau mengaku telah memeluk Kristen sejak 6 tahun lalu.
Video bukti Lukman Sardi menukar agama (murtad) telah dimuat turun di YouTube, pada Khamis (18/6/2015). Sehingga tengahari Jumaat (19/6/2015), video berdurasi 15 minit 12 saat telah dilihat oleh seramai 1,186 orang.
Video tersebut telah mengundang banyak komen dari netizen. Macam biasa, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang... Ye lah murtad.. baq hang!!! Tambah menarik apabila sebahagian netizen mula membongkat nama artis cantik Indonesia Asmirandah yang dikhabarkan telah murtad dengan menganut agama kristian.
Lukman Sardi dikatakan tidak wajar menukar agama hanya kerana dilanda masalah kewangan yang tidak seberapa, diselar kerana tidak mengambil pengajaran dari kisah Asmirandah yang dikatakan oleh Risky Bisky  telah jatuh miskin gara-gara murtad. 
Walau bagaimanapun, komentar dari Risky Bisky kemudiannya di sangkal oleh Herlina Saragih dengan sindiran "Dapat info dari siapa bilang Asmirandah jatuh miskin gara-gara masuk kristian, kami sebagai orang percaya tidak mencari harta di dunia ini, tapi kami mencari kerajaan sorgawi Tuhan kami tidak akan membiarkan anak-anaknya meminta-minta, tulis Herlina.
Tahun lalu, pasangan selebriti Asmirandah dan Jonas Rivanno dikabarkan dibelenggu masalah financial. Menurut Tabloid Genie, Jonas gagal menjelaskan hutang2nya hingga membuat Asmirandah menjual rumahnya.
Masih menurut sumber Genie, Rumah yang ditempati Jonas dan Andah di kawasan Cibubur ternyata sudah dijual sejak beberapa bulan lalu dengan harga di bawah pasaran. Rumah yang biasanya boleh mencapai Rp4 milion, dijual Andah dengan harga Rp3 milion saja.
Asmirandah telah memutuskan untuk murtad, setelah suaminya gagal memeluk Islam. Keputusan Andah itu mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Namun, cinta Andah kepada Jonas melebihi segala, membuatkannya  mengabaikan tangisan sang ibu yang memintanya tidak menukar akidah.
Meski Asmirandah sempat mengelak, tapi fotonya sedang beribadah di gereja, mula tersebar di media sosial. Bintang filem Ketika Cinta Bertasbih itu tetap pada keputusannya mengikuti agama Jonas dan meninggalkan orangtuanya.
Sejak saat itulah, karier Andah dan Jonas di dunia seni beransur tenggelam dan mulai dijauhi peminatnya. Padahal, sebelum peminat mengetahui mengenai perkara tersebut nama mereka sedang meniti di bibir para peminat  malah Andah dan Jonas tergolong di dalam kategori artis popular ketika itu.
Sebelumnya, karier Andah sangat stabil, bermula dengan sinetron, bintang filem, bintang iklan hingga penyanyi. Begitu juga Jonas yang namanya mulai menjulang sebagai pelakon sinetron. Bahkan, Andah dan Jonas semakin menjadi idola ketika berlakon di dalam sinetron yang sama. Namun, semua itu sudah tidak mereka rasakan lagi.
Mereka juga sudah jarang dilihat di dalam acara-acara hiburan dan seni. Kali terakhir Asmirandah di lihat ketika sessi fitting baju adik iparnya yang akan dinikahi Donnie Ada Band. Ketika itu, perut Andah mulai membuncit kerana telah hamil.

Sumber asal: Suaranews

No comments:

Post a Comment