Friday, 9 October 2015

ADIRA MASIH SAYANGKAN SHAHRUL NASRUN

PENYANYI yang sinonim dengan jolokan ‘Snow White Malaysia’, Adira mengakui dia masih menyimpin sedikit perasaan sayang terhadap bekas tunangnya Shahrul Nasrun Kamarudin meskipun hubungan mereka sudah berakhir sejak April lalu.

Malah, penyanyi keluaran rancangan realiti Akademi Fantasia ini memilih untuk menolak mana-mana lelaki yang mendekatinya demi menjaga hati keluarga bekas tunangnya itu.
Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, sebagai manusia biasa, sukar baginya mengikis perasaan sayang itu terus kerana hubungan yang dia dan Shahrul sudah terjalin lama.


“Ada pihak yang kata saya tidak nampak sedih. Mungkin mereka lihat saya gembira tapi mereka tidak tahu perasaan sebenar saya. Kami berkawan lama dan sudah tentu sehingga sekarang masih ada lagi rasa sayang dalam hati saya terhadap dia.
“Sejak saya putus tunang ada juga beberapa orang yang ingin mendekati saya tapi saya tolak, kadang-kadang dengan alasan yang tidak masuk akal.
“Saya belum bersedia dan hati saya belum terbuka untuk terima lelaki lain, saya  juga ingin menjaga hati dan perasaan keluarga bekas tunang.
“Saya tidak mahu mereka kata apa pula nanti, baru sahaja putus sudah anda pengganti, “ katanya kepada mStar Online.
Mengikut perancangan, Adira sepatutnya melangsungkan pernikahan pada tanggal 19 September lalu yang juga merupakan tarikh lahirnya, namun ia hanya tinggal kenangan apabila hubungan mereka menemui titik nokhtah.
Sementara itu, Adira berkata, kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini turut mengalihkan tumpuan kesedihannya terhadap kegagalan hubungan tersebut dan hanya memikirkan keselamatan ibu dan keluarganya yang ditimpa bencana. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment