TIGA terbunuh manakala, empat lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 283, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan Ipoh, pagi Sabtu.
Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, membabitkan empat buah kereta, sebuah lori dan motosikal serta tujuh mangsa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.46 pagi manakala anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai telah dikerah ke lokasi kemalangan.
“Ketua Operasi memaklumkan terdapat empat mangsa mengalami kecederaan dan tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak petugas ambulans,” katanya kepada BH Online.
Tambahnya, operasi menyelamat mangsa terlibat masih dilakukan sehingga tengah hari Sabtu.
Nahas itu turut menyebabkan kesesakan teruk lalu lintas di lebuh raya berkenaan.
Menurut satu sumber, semua lorong terhalang dan pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif untuk keluar Ipoh. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment