Monday, 14 September 2015

PELAJAR PEREMPUAN BERTUDUNG SMK CHENDERING SAMSENG NAK MAM**S !!!


NAMPAKNYA kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini masih berleluasa meskipun saban tahun, ada sahaja pelajar yang dikenakan tindakan gara-gara perbuatan ini. 


Dalam satu video yang kini tersebar di laman sosial, seorang pelajar perempuan kelihatan menunjukkan kemahirannya ‘berkungfu’ apabila bertindak menerajang, menyepak dan menumbuk pelajar perempuan lain tanpa belas kasihan. 

Sayang sekali, meskipun ayu bertudung, pelajar perempuan dalam video berdurasi 0.13 saat ini tidak sedikit pun kelihatan kesal malah sempat tersenyum ketika menyakiti pelajar lain sambil dirakam kawannya yang turut galak tertawa. 

Perbuatan tersebut pula dilakukan di hadapan ramai pelajar lain yang tidak kelihatan terganggung olehnya.

Berdasarkan komen, ada yang mendakwa kejadian ini berlaku di SMK Chendering, Kuala Terengganu namun sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan, begitu juga tarikh sebenar kejadian. 

Paling penting selepas tersebarnya video ini, diharapkan pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya supaya kegiatan buli seperti ini segera dihentikan daripada terus membarah dalam institusi pendidikan negara. 


SUMBER

No comments:

Post a Comment