Friday, 18 September 2015

LELAKI KURANG SIUMAN TAMPAR IMAM MASJID NEGARA KETIKA SOLAT JUMAAT


KUALA LUMPUR, 18 Sept: Berikutan kes seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara tengah hari tadi, pihak polis membuat pengesahan telah menahan seorang lelaki warganegara India yang bertanggungjawab menampar Imam terbabit.



Polis berkata suspek seolah-olah seperti tidak waras dan bercakap seorang diri. Selain itu suspek juga mendakwa beliau mendegar suara halus yang memintanya menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung.



Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.


Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memetik laporan dari TheRakyatPost.




Salah seorang pengguna media sosial Facebook yang kebetulan berada di Masjid ketika itu mengatakan :

Afiq Sazlan


Rasa teruja apabila imam solat Jumaat di Masjid Negara baca permulaan surah Al Ankabut yang sudah dihafal.


Bila imam masuk ayat kelima, suaranya hilang. Bunyi mic jatuh ke atas karpet.
Diam. Lama.

Saya dan makmum lain di bahagian luar setia menantikan 'Allahu Akbar' agar kami boleh turut rukuk.

Tiba-tiba, "Diammmm! Arghhh!"

Suara pergelutan sipi-sipi tiba di telinga. 
Apa yang berlaku? Imam diserangkah? Kes seperti Umar Al-Khattabkah?

Tapi kami masih setia berdiri. Cuba untuk khusyuk.

Hinggalah pengumuman memenuhi ruangan masjid: "Solat semula."

Kelihatan di hadapan sana, sekumpulan manusia cuba membawa seseorang pergi daripada ruangan solat. Orang itu masih terjerit-jeritkan sesuatu.

"Allahu Akbar." Kami angkat takbir buat kali kedua...... Sambung baca di SINI

Berikut adalah detik-detik lelaki itu menerpa ke depan dan kemudian menampar Imam Masjid Negara. Kemudian kelihatan lelaki itu menghalau Imam tersebut dan cuba untuk mengimamkan sembahyang jumaat tersebut.











Tetapi kemudiannya, lelaki itu telah ditangkap oleh jemaah masjid dan di bawa ke balai polis.

No comments:

Post a Comment