Tuesday, 15 September 2015

CHE TA MERAJUK DIHERDIK EDRY KRU SERTA-MERTA TINGGALKAN AF 2015


Sekarang sedang panas adalah Konsert Mingguan AF 2015.... Dan semua peminat tahu bahawa AF2015 kali ini menampilkan Datuk Ramli MS, Amy Search dan Rozita Che Wan. Namun ramai penonton mempersoal kredibiliti Che Ta yang dipilih untuk menjadi juri.

Bagaimanapun, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan mengejutkan ramai dengan keputusan drastiknya apabila mengesahkan tidak mahu meneruskan tugas selaku juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 bermula minggu depan.
Semuanya dek kerana Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim bertindak mengherdik aktres jelita itu ekoran tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap persembahan pelajar AF iaitu Sufi tempoh hari.
Barangkali terkilan dengan hal itu, Rozita atau Che Ta akui keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar.

fghfgjf.PNG
“Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional.
“Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.
“Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.
“Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,”katanya.

1Jcapjw
1UNeAXb
1Jcapjy

Sementara itu, Edry mendakwa dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina. – MYNEWSHUB.CC
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment