Tuesday, 1 September 2015

BENARKAH, BERSIHARAM AKAN DITERUSKAN SEHINGGA DSN LETAK JAWATAN ???


Penganjur Bersih, Maria Chin dalam satu kenyataan kepada media menegaskan akan terus melaksanakan demonstrasi jalanan bagi mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Demonstrasi Bersih 4 juga disifatkan tidak berjaya kerana gagal memberikan signal kepada ahli-ahli Parlimen Malaysia supaya membuat usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Menurut Maria, Bersih 5 juga akan diadakan dalam waktu terdekat bagi meneruskan kesinambungan desakan terhadap kerajaan BN yang didakwanya tidak bersih dan penuh dengan penyelewengan.

Menjawab pertanyaan sama ada Bersih bakal berdepan dengan tindakan oleh Pihak Berkuasa, Maria menjelaskan bahawa mereka tidak gentar dengan ugutan tersebut kerana mempunyai Pasukan Guaman yang hebat serta sangat bersedia.

Bersih juga amat kukuh dari segi ekonomi kerana berjaya menerima derma sebanyak RM 2.45juta dari pelbagai pihak yang mahukan perubahan didalam negara.

Pada Bersih 4 yang lalu, Mahathir juga dilihat memberikan sokongan dengan turut bersama-sama turun ke jalanraya untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun Mahathir tak berani mengaku menyokong demonstrasi Haram Bersih, seluruh rakyat Malaysia kini sudah menganggap Mahathir adalah sebahagian dari agenda DAP untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi haram. - Utaranews.com

No comments:

Post a Comment