Saturday, 19 September 2015

'AYAHANDA ZUL BADAK' MAUT DITEMBAK DARI JARAK DEKAT


Seorang ‘ayahanda’ dari sebuah pertubuhan Melayu Islam yang menyertai perhimpunan baju merah dua hari lalu di ibu negara, mati ditembak ketika keluar dari sebuah restoran Alif 24 jam di Kuantan.


Mangsa, Arzurizan Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai Zul Badak, bekerja sebagai penarik kereta maut serta-merta di tempat kejadian sebuah restoran di hadapan Mega Mall Kuantan selepas kecederaan parah di kepala akibat tembakan.



Ketika kejadian Zul Badak dikatakan bersama tiga rakannya termasuk dua wanita menuju ke pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner selepas selesai makan di sebuah restoran kira-kira jam 2.25 pagi.

Ketika membuka pintu kereta, dua orang lelaki bertopeng muncul dan melepaskan empat das tembakan ke arah Zul Badak. Tiga das mengenai mangsa menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

Kedua suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta Proton Waja berwarna perak bernombor pendaftaran palsu WSP 3856 milik sebuah motosikal Modenas Kriss.

Siasatan polis ditempat kejadian menemui empat kelongsong peluru dipercayai jenis M16. Namun, saksi mendakwa senjata yang digunakan mirip raifal AK-47.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan polis akan memanggil rakannya itu untuk direkodkan keterangan berhubung kejadian.

Katanya, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian. dan mengklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment