Penemuan serpihan sayap pesawat sepanjang 6 kaki di La Reunion telah memberikan harapan kepada pencarian MH370 yang hilang dari imbasan radar dalam perjalanan ke Beijing setahun yang lalu.
Serpihan yang dikatakan milik Boeing 777 dijumpai oleh pekerja pembersih pantai La Reunion beberapa hari yang lalu.
Hari ini pasukan penyiasat telah mengenal pasti beberapa angka yang terdapat dibahagian serpihan yang dijumpai.
Pasukan penyiasat berharap ini akan membantu mengenal pasti serpihan sayap yang sepanjang 6 kaki yang ditemui oleh penduduk tempatan membersihkan pantai dan sama ada ia datang dari pesawat Malaysia MH370 yang hilang.
Penemuan ini telah memberikan sedikit harapan kepada pasuakn penyiasat ‘hampir pasti’ bahawa ‘flaperon’, sebahagian daripada pesawat yang digunakan untuk mengawal kedudukan pesawat di udara adalah kepunyaan Boeing 777, pesawat model yang sama dengan MH370 yang malang.
Angka ini bukan nombor siri tetapi ianya adalah nombor penyelenggaraan yang digunakan untuk mengenal pasti bahagian komponen, Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss kepada pemberita.
Walaupun sudah terdapat petunjuk yang baru melalui angka yang ada pada serpihan pesawat, namun ianya mengambil masa untuk mengenal pasti bahagian bahagian pesawat kepunyaan Boeing 777 dan jika benar ianya mempercepatkan lagi proses pencarian MH370 yang hilang setahun lalu.
Dibawah ini adalah nombor yang terdapat pada serpihan sayap pesawat yang dijumpai. No yang dilihat pada sayap tersebut ialah ‘657BB’ dan nombor ini merujuk kepada gambarajah dibawah ini.
Sekumpulan Penyiasat penerbangan akan berlepas ke Perancis, India Island untuk menentukan samada bahagian yang serpihan sayap tersebut dimiliki oleh MH370.
MH370 yang hilang pada Mac tahun lepas yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dari Malaysia, Kuala Lumpur, ke Beijing, telah menjadi salah satu misteri kehilangan yang terbesar dalam sejarah penerbangan.
Pakar-pakar telah berpendapat mengatakan bahawa arus laut mungkin telah membawa serpihan yang beribu-ribu kilometer dari lokasi kemalangan sebenar sehingga ke Pulau Reunion, di luar pantai Madagascar, telah mengambil masa lebih kurang 16 bulan.
Pada masa yang sama, Syarikat penerbangan Malaysia mengingatkan kepada orang ramai agar tidak membuat andaian dan kesimpulan mengenai serpihan sayap yang dijumpai sehingga ianya telah dikenal pasti sepenuhnya.
Selain daripada kehilangan MH370, pihak penyiasat penerbangan juga akan mengenal pasti samada kepingan serpihan sayap tersebut adalah dari serpihan kemalangan pesawat engine berkembar yang berlaku pada 4 Mei 2006 atau penerbangan A310 Yemenia yang terhempas di luar persisir pantai Comoros pada tahun 2009. SUMBER
No comments:
Post a Comment