Saturday, 6 June 2015

GEMPA BUMI SABAH BERPUNCA DARI PELANCONG BARAT BERBOGEL DI PUNCAK KINABALU ???


MENGIKUT adat setempat, orang Sabah mengatakan bahawa pelancong asing yang berbogel di atas puncak Kinabalu itu tidak menghormati 'Aki Nabalu'. Akibatnya penjaga Gunung Kinabalu itu telah menunjukkan kemarahannya. 




Penduduk tempatan Sabah amat menghormati Gunung Kinabalu yang dianggap suci dan mempunyai semangatnya yang tersendiri. Perbuatan pelancong yang berbogel dan membuang air di puncak Gunung Kinabalu adalah perbuatan biadap dan dianggap tidak menghormati “penghuni halus” yang tinggal menetap di sana. 
Lima pelancong dari negara barat itu bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu pada pagi 30 Mei lepas.
Perbuatan biadap lima pelancong asing dari negara barat itu yang bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak Kinabalu pada 30 Mei 2015 itu  dikatakan sebagai punca berlakunya gempabumi di Ranau, Sabah dan beberapa pendaki maut akibat gegaran sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku kira-kira jam 7.15 pagi.
Malah, gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km di barat laut Ranau.

SETIAP kejadian yang berlaku di alam buana ini adalah dengan izin Allah SWT jua dan pastinya ada hikmah di sebaliknya yang mungkin tidak kita sedar... "ALLAH lebih mengetahui jawapannya kerana setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan dan kehendakNya" kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Wallahua'lam.....

No comments:

Post a Comment