Thursday, 25 June 2015

BANGUNAN BURJ KHALIFA DENGAN 3 WAKTU BERBUKA PUASA YANG BERBEZA

Burj Khalifa, Bagunan Tertinggi Di Dunia Ini Punyai Tiga Waktu Berbuka Berbeza

PASTI anda akan merasakan satu kelainan jika diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa di atas bagunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Mana tidaknya kerana di atas menara tertinggi di dunia ini sebenarnya mempunyai 3 waktu berbuka puasa berbeza.
Perkara ini sedang dialami oleh pelancong dan juga pekerja yang berada di dalam bagunan tersebut di mana mempunyai ketinggian 829.8 meter.
Kejadian ini terjadi kerana semasa matahari jatuh penghuni ditingkat abwah sudah tidak nampak tetapi penghuni di tingkat atas masih melihat keliaat matahari.
Kerana hal demikian penguatkuasa Islam Dubai telah berbincang dan mengeluarkan waktu berbuka puasa berbeza di dalam bagunana berkenaan.
“Oleh itu, mereka yang tinggal di tingkat atas Burj Khalifa belum boleh berbuka puasa seperti yang lain-lain di bandar kerana terdapat perbezaan masa selama dua minit,” kata Mufti Dubai Ahmed Abdul Aziz al-Haddad.
Seorang ulamak terkenal Mohammed Al-Qubaisi telah mengeluarkan waktu baru di mana berada di atas tingkat 80 perlu berpuasa lebih dua minit manakala mereka di tingkat 150 dan ke atas perlu menunggu selama tiga minit sebelum boleh berbuka.
Sumber : SK

No comments:

Post a Comment