Thursday, 7 May 2015

PENGUNDI MUDA DAN FELDA MENGGUSARKAN ???


Kesimpulamnya walau menang di Rompin tapi menggusarkan. 

Pengundi muda dan juga Felda di Rompin menunjukkan petanda kurang memuaskan. Kalau PRK Rompin ni nak diambil sebagai tanda aras maka BN kena fikir satu pendekatan drastik supaya jangan kena tsunami orang2 muda dan FELDA.


Di PRU 14 nanti pengundi muda mewakili lebih 50% pengundi seluruh Negara. BN kalau nak menang kena rangka banyak program dan penyelesaian untuk orang2 muda. Isu pekerjaan , isu siswazah mengganggur , isu perumahan orang muda , pembayaran semula hutang PTPTN , isu tanah dan geran tanah, tanah rezab Melayu, isu sangkut CTOS, Isu latihan perlu diberi perhatian. Isu prepaid simkad perlu diselesai segera kerana 90% saluran 3,4 dan 5 adalah pengguna Prepaid. 

Satu lagi isu yang tidak boleh dipandang ringan adalah FELDA atau FGV.

Isa Samad kena buat sesuatu utk atasi kemaraan ANAK dan masalah2 FELDA dan FGV atau dia dikenakan sesuatu.

UMNO terutama Pemuda dan Puteri perlu buat engagement dgn pelajar-pelajar IPTA dan IPTS , IPG, IKM, IKBN , ILP , Pusat Matrikulasi. 

Dah tiba masanya kena buat kerja dan penuh dengan ikhlasan. Bukan tunggu duit turun baru buat kerja.

No comments:

Post a Comment