Saturday, 16 May 2015

PENGHUNI KONDOMINIUM MAKAN DAN MINUM GUNA AIR MAYAT ???

11143168_677467732382312_1318439849514509130_n (1)

PENDUDUK di sebuah kondominium digemparkan dengan peristiwa ngeri lagi meloyakan apabila mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tangki air bangunan itu yang terletak di Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Harian Metro, mayat yang dikenal pasti sebagai Chua Wan Chooi, 43, berasal dari Klang itu ditemui jam 9.25 malam kelmarin oleh pekerja penyelenggara kondominium.
Anehnya, mangsa didakwa bukan penghuni kediaman itu selain tidak mempunyai sebarang rekod sebagai kontraktor di kondominium terbabit.
11218882_677467669048985_2332256733716384168_n (1)
Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terlentang dalam tangki air.
Sementara tubuhnya sudah mengembang dan daging tubuhnya sudah reput menyerupai agar-agar.
Penemuan mayat ini sekali gus menjawab tanda tanya kehilangan mangsa sejak tujuh hari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.
Jelasnya, siasatan mendapati mayat mangsa ditemui dalam sebuah bilik pam yang membekalkan air kepada penghuni yang tinggal di pangsapuri itu.
Dalam pada itu, terdapat aduan daripada penduduk setempat yang mendedahkan air rumahnya mengeluarkan bau busuk dan rasa yang meloyakan.
Pada awalnya, ada penghuni yang menyangka ianya berpunca dari paip yang sudah karat namun ternyata sangkaan mereka meleset selepas mengetahui perkara sebenar. – MYNEWSHUB.CC  Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment