Sunday, 17 May 2015

PANDIKAR AMIN AKUI BERJUMPA TUN M LUAH KEKECEWAAN


KOTA BELUD 17 Mei - Yang Dipertua Dewan rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui ada berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun pertemuan itu hanya berkisar isu politik semasa.

Jelas beliau, pertemuan itu bukannya sesuatu yang luar biasa kerana Dr. Mahathir merupakan mentor dan juga guru politik kepada semua pemimpin politik khususnya di negara ini.

“Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara. Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa.

"Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr. Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tak akan letak jawatan. Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Karnival BE Skills GiatMara Negeri Sabah di Dataran GiatMara Kota Belud di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment