Wednesday, 27 May 2015

LELAKI LEMBUT KURUNG KANAK-KANAK DALAM BILIK HOTEL UNTUK TUJUAN SEKS !!!


KOTA BHARU Seorang lelaki berperwatakan lembut dipercayai mempunyai niat songsang apabila membawa tiga kanak-kanak menaiki kenderaannya bersiar-siar tanpa pengetahuan ibu bapa kanak-kanak terbabit, sebelum menempatkan mereka di sebuah hotel di bandar ini.

Lelaki berusia lewat 20-an itu yang melarikan dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, dipercayai mengenali abang salah seorang mangsa.
Namun perbuatannya membawa kanak-kanak tersebut menaiki kereta Perodua Viva pada malam Sabtu lalu selepas menyaksikan perlawanan Final Piala FA melibatkan pasukan Kelantan menentang Lions XII, berjaya dikesan polis malam kelmarin.
Ia berikutan orang awam dapat mengesan suspek mengajak salah seorang mangsa menaiki keretanya. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Seorang mangsa dikenali sebagai Naufal, 13, berkata, dia bersama dua rakannya, Umaira dan Alif mengikut suspek selepas diajak berjalan-jalan menaiki kereta tersebut dan suspek tidak menunjukkan sikap mencurigakan.
Saya ikut sebab dia baik. Lagipun sehari sebelum perlawanan Piala FA, dia ada jumpa kawan saya dan berikan nombor telefonnya jika mahu mengikut dia bersiar-siar.
Selepas menonton tayangan skrin gergasi di bawah flat di Jalan Bayam, abang (suspek) mengajak kami naik keretanya dan turut belanja kami makan, beli pakaian dan bawa kami bersiar-siar sehingga ke Gua Musang dan Rantau Panjang. Selepas itu, dia bawa kami pulang ke Kota Bharu, katanya kepada pemberita.
Naufal berkata, suspek pada mulanya mahu menghantar mereka pulang namun mereka enggan kerana takut dimarahi ibu bapa.
Menurutnya, mereka kemudiannya dibawa ke Bachok dan ditinggalkan dalam masjid di kawasan berkenaan tetapi suspek kembali mengambil mereka semula.
Tak sangka, perwatakan baik abang rupanya ada udang di sebalik batu. Selepas ambil kami semula, ketika dalam perjalanan ke Kota Bharu, dia ajak saya melakukan perbuatan tidak senonoh dan mahu sewa hotel jika saya setuju.
Saya mahu lari tetapi kasihan pula pada Umaira dan Alif yang tidur keletihan di tempat duduk belakang. Saya tolak ajakannya secara baik, katanya.
Naufal berkata, malam kelmarin, dia bersama dua rakannya itu akhirnya dibawa tidur di sebuah hotel di bandar Kota Bharu dan ditinggalkan dalam bilik berlainan.
Kira-kira jam 1 pagi, selepas saya ceritakan mengenai hal tersebut kepada Umaira, dia takut.
Bimbang diapa-apakan, Umaira melarikan diri. Saya bersama Alif turut ikut Umaira melarikan diri sehingga ke Stadium Sultan Muhammad IV dan mengambil masa hampir 15 minit.
Ketika kami berlegar-legar di kawasan itulah, kami nampak polis tiba dan terus bawa kami menaiki kereta peronda, dan dibawa ke balai polis, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, suspek dipercayai pekerja sebuah syarikat swasta dan mempunyai sifat sukakan kanak-kanak.
Kami menerima laporan semalam daripada seorang ibu mangsa selepas menyedari kehilangan anaknya.
Kita dapati suspek berusia 29 tahun ini dipercayai menggunakan kanak-kanak ini untuk kepuasan diri, bukan tujuan menculik, katanya.
Menurutnya, hasil maklumat yang diperoleh, kanak-kanak terbabit tidak dicederakan, malah dilayan dengan baik.
Hasil pemeriksaan doktor, mereka tidak mempunyai sebarang kecederaan.
Suspek berjaya ditahan di hotel berkenaan hasil maklumat mangsa dan kita tahan reman suspek selama tujuh hari untuk siasatan lanjut, katanya. SH Online

No comments:

Post a Comment