Thursday, 21 May 2015

KENAPA ORANG UMNO 'LAGA'KAN PM DAN TPM ???


Pendedahan video klip ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program kursus Keris 2314 di bawah kelolaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) merupakan satu tindakan sabotaj terhadap kerajaan Barisan Nasional.


Menurut sumber ucapan tersebut dirakam pada Sabtu lalu oleh salah seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang juga merupakan urusetia Keris 2314 ini.
Ucapan Tan Sri Muhyiddin dalam majlis tertutup itu biasa sahaja dalam konteks kepartian bagai mengukuhkan perjuangan ahli parti dan menunjukkan kesungguhan pucuk pimpinan melakukan pembetulan.

Namun apabila ia disebarkan dan dimanipulasi seolah-olah Najib dan Muhyiddin bersengketa ia merupakan agenda jahat dari dalam.

Lebih serius mengapa Timbalan Ketua UMNO Bahagian ini memilih hari ini, hari pembentangan RMK 11 yang sepatutnya menjadi satu lagi “benchmark” kepada kerajaan Barisan Nasional dalam menarik sokongan rakyat.

Beliau boleh sahaja memilih hari Ahad, Isnin, Selasa atau Rabu lepas. Tapi ia memilih hari ini. Untuk apa? Untuk mengalih perhatian rakyat dari membincangkan isu yang boleh menaikkan imej Perdana Menteri dan Barisan Nasional.

Ini merupakan satu tindakan sabotaj yang serius kepada BN. Hasrat mahu menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak tidak harus sehingga menjejaskan perancangan dan perjuangan parti merencana masa depan negara.

Jika badan Disiplin UMNO masih seumpama hidup segan mati tidak mahu dalam kes 5 sekawan dan sekarang ini pembocoran kursus tertutup UMNO, maka UMNO sudah menjadi seolah-olah organisasi yang mengunggu masa mahu jahanam, dijahanamkan oleh ahli parti sendiri yang tidak sabar-sabar mahu menaikkan cai mereka.

-  MyKMU

No comments:

Post a Comment