Sunday, 10 May 2015

KEJAM : WANITA DIBUNUH DI TERENGGANU DAN MAYAT DICAMPAK DI CYBERJAYA


SUSULAN kes penemuan sekujur tubuh wanita di dalam belukar di Cyberjaya, Sepang Rabu lalu, pihak polis percaya bahawa mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di situ.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa Rosshida Abdullah, 30, dipercayai telah dicekik sehingga mati di Penarik, Terengganu, sebelum suspek mengambil keputusan untuk membuang mayatnya di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.
mayat wanita
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, Rosshida telah dicekik selepas dia dan tunangnya bertengkar mengenai isu orang ketiga dalam hubungan mereka.
“Suspek dan mangsa sama-sama dalam perjalanan pulang ke Kelantan, dari Kuala Lumpur sebelum tiba di satu lokasi di Penarik. Mereka dipercayai bergaduh sebelum suspek menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain.
“Berkemungkinan akibat tidak tahan dengan penjelasan mangsa, suspek mencekik mangsa sehingga mati dalam keretanya sebelum berpatah balik dari Penarik ke Kuala Lumpur dan mengambil keputusan membuang mayat Rosshida di Cyberjaya,” ujar Abdul Rahim dalam satu sidang media.
Sementara itu, Abdul Rahim turut berkata, wajah mangsa telah ditutup dengan selimut sepanjang perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur bagi mengelakkannya diketahui orang lain.
safe_image
Pada awalnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan sehelai nota bunuh diri ditemui di dalam tas tangan milik mangsa di tempat kejadian.
Namun, bukti selepas itu yang menunjukkan mangsa dibunuh menyebabkan ia dipinda kepada kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang berusia 26 tahun telah ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa.
Antara bukti yang menjurus kepada penahanan suspek adalah mesej mencurigakan dalam telefon bimbit selain kandungan nota bunuh diri yang turut ditemui dalam komputer riba miliknya.
– MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment