Friday, 15 May 2015

BICARA NEGARA BERSAMA TUN M : KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO PERAK


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN UMNO PERAK
Saya merasa kesal terhadap tindakan pihak tertentu yang menyebarkan risalah kononnya Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan hadir dan berucap dalam program 'Bicara Negara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad' di Ipoh petang esok.

Aturcara Majlis

Malahan risalah itu turut menyenaraikan kehadiran Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan dikatakan akan turut berucap.
Saya telah menghubungi kedua-dua pemimpin berkenaan dan mereka berasa terkejut dan menafikan sekeras-kerasnya akan hadir dan berucap dalam majlis tersebut, sebagaimana dinyatakan dalam risalah yang tersebar di beberapa tempat di sekitar Ipoh, dan disiarkan di dalam media sosial oleh pihak-pihak tertentu.
Saya juga telah berhubung dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Dato' Hamidah Osman bertanyakan mengenai perkara ini, dan mantan ADUN Sungai Rapat itu menafikan ada mengeluarkan risalah seumpama itu.
"Saya rasa ini saja nak melaga-lagakan," kata Hamidah dalam jawapan mesej whatsaapnya kepada saya.
Tindakan penyebar risalah berkenaan amatlah kotor dan menjijikkan, kerana menggunakan nama-nama individu berpengaruh mungkin dengan tujuan untuk menarik perhatian orang ramai supaya hadir, selain berniat hendak mengambil kesempatan dalam krisis antara Tun Dr. Mahathir dan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
Saya tidak menafikan kemungkinan perbuatan menyebarkan risalah ini dilakukan oleh pihak pembangkang bagi mengeruhkan lagi keadaan.
Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib
15hb Mei 2015
Hari ini, Tun M telah selamat kembali ke tanahair dari menunaikan umrah di Mekah....  









Adakah Tun M akan hadir ke majlis seperti Kad Jemputan di atas ??? Sama-sama kita tunggu......................................

No comments:

Post a Comment