Saturday, 25 April 2015

WANITA 'MAT SALEH' TAYANG PAYUDARA UNTUK BAYAR HARGA MAKANAN !!!

tunjuk-tetek-tak-nak-bayar-nasi-lemak

KUALA LUMPUR : Seorang wanita tidak dikenali bertindak menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar makanan yang dimakannya berjumlah RM18 di Jalan Petaling, semalam..

Difahamkan, dalam kejadian itu, wanita terbabit telah ke sebuah restoran nasi ayam bersama seorang lelaki sekitar jam 3 petang,  Khamis.
Seorang pemilik gerai berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, wanita itu menghabiskan dua pinggan nasi ayam sebelum bertindak meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat sebarang bayaran.
“Wanita itu menafikan mengenai makanan yang dimakannya selepas pengendali restoran cuba untuk menghentikannya.
“Bagaimanapun, rakaman video cctv menunjukkan bahawa dia telah makan disitu sebelum wanita berkenaan bertindak menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar,” kata Wong, yang juga seorang pemilik kedai barang kemas bersebelahan restoran nasi ayam.
Satu rakaman video yang menunjukkan wanita tersebut menanggalkan pakaiannya dimuatnaik ke laman sosial, Youtube beberapa jam selepas insiden berlaku namun kemudiannya dipadam.
Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, lelaki yang bersama wanita tersebut, dipercayai seorang ‘mat saleh’ bergelut dan berbalah dengan pengendali restoran apabila wanita tersebut tidak dibenarkan keluar.
Mereka berdua kemudiannya dilaporkan melarikan diri apabila anggota polis tiba di tempat kejadian.
VIDEO tersebut telah dimuat naik di Youtube dan telah mencetuskan kekecohan di media sosial dan menjadi viral.
Daripada rakaman wanita yang bertindak berani membuka baju pada mulanya dihalang seorang wanita lain dipercayai peniaga di Petaling Street kerana dituduh mengambil barang tanpa membayarnya.
Walaupun dia sepatutnya malu apabila dituduh mencuri di khalayak ramai, wanita terbabit bagaimanapun menarik perhatian lebih ramai orang apabila menjerit menyatakan dia sudah membayar sambil menanggalkan sehelai demi sehelai baju dipakainya.
Kemuncak perbuatannya apabila wanita tersebut yang mengulang ayat, “What is your problem, I pay you” itu menanggalkan colinya tanpa ragu-ragu.
Akibatnya peniaga yang menuduhnya pula naik malu dan dilihat enggan memanjangkan pergaduhan apatah lagi wanita tersebut seolah-olah ‘mabuk’ apabila begitu bangga memperagakan badannya yang tidak dilitupi seurat benang pun di bahagian atas.
Pada perkiraan kami, ini mungkin perbuatan cuba mengelak malu paling gila dan ‘menakjubkan’ oleh seorang wanita terdesak bila dituduh mencuri.
-  dari pelbagai sumber

No comments:

Post a Comment