Wednesday, 8 April 2015

DALAM PENJARA PUN BOLEH JADI PENASIHAT EKONOMI NEGERI... ORANG LAIN TAK LAYAK KE???


KUALA LUMPUR 8 April - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memutuskan mengekalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Penasihat Ekonomi bagi negeri Selangor.


Beliau berkata, tiada sebarang keperluan untuk membuat sebarang pelantikan baru bagi jawatan itu buat masa ini.

Meskipun Anwar kini dipenjara, kata Azmin ia bukan halangan buat Anwar untuk menyumbang pendapat kepada pembangunan ekonomi negeri.

“Kalau pun dia dalam penjara apakah saya tidak boleh dapatkan nasihat beliau dengan penulisan dan rujukan, penulisan serta kertas kerja dibentangkan Anwar seluruh dunia.

“Saya masih boleh rujuk ideanya, beliau masih penasihat ekonomi,” kata Azmin di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Selasa.

Azmin menjawab pertanyaan ahli dewan yang mahu mengetahui status Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri.

Ketokohan dan pengalaman Anwar menurut Azmin lagi tidak perlu dipertikai kerana pernah diiktiraf di peringkat dunia.

“Euro Money mengiktiraf beliau sebagai salah seorang Menteri Kewangan terbaik selepas pelantikannya manakala pada 1996 dia diiktiraf sebagai “Finance Minister of the Year’.

“Beliau juga pernah menjadi pengerusi Bank Dunia bagi jawatankuasa pembangunan melibatkan negara maju serta negara sedang membangun,” kata Azmin lagi.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar setelah mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

No comments:

Post a Comment