Wednesday, 8 April 2015

BMW NAFI KERAJAAN BELI BMW 7 SERIES.... APSAL RAFIZI DUNGU SANGAT ???


KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia hari ini menafikan dakwaan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa kerajaan Malaysia telah membeli enam unit kereta BMW 7 Series.



Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata kenderaan itu adalah tanda komitmen BMW Group Malaysia sebagai rakan penaja bagi Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.


Katanya, BMW Group Malaysia katanya akan menyediakan kenderaan BMW 7 Series dan BMW 5 Series yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kepada tetamu kehormat, pegawai dan VIP pada persidangan terbesar Asia Tenggara hujung bulan ini.

Salah sebuah kereta mewah BMW yang akan digunakan di Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.

Sebelum ini di Parlimen, Rafizi berkata kerajaan Persekutuan patut memberikan penjelasan dakwaan pembelian kereta mewah BMW 7-Series sedangkan rakyat menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Ekoran penafian itu, Rafizi, di laman Facebooknya meluahkan rasa syukur bukan duit GST yang digunakan untuk pembelian kereta-kereta tersebut.- Astro Awani

Kalau dilihat pada komen² di status Facebook tersebut, kebanyakannya memaki hamun kerajaan dan Perdana Menteri dengan pelbagai lagi caci maki. Dalam bahasa mudahnya, berbakul² PM kena maki dan dihina tapi dalam masa yang sama berbakul² juga pahala masuk kepada PM... macai PR haramjadah!!! 

No comments:

Post a Comment