Monday, 27 April 2015

12 MILITAN IS WARGA MALAYSIA RANCANG LANCARKAN SERANGAN KE LEMBAH KELANG BERJAYA DIBERKAS


Bayangkan apa yang akan terjadi jika 12 orang dalam  gambar di bawah ini yang sedang diberkas polis berjaya melancarkan rancangan mereka untuk membuat serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang. 



Namun kecekapan dan ketangkasan Pasukan polis dari Bahagian E8, Cawangan Khas hari ini patut dipuji kerana berjaya menahan 12 suspek warganegara Malaysia serta merampas sejumlah bahan letupan di Hulu Langat, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua suspek dipercayai sedang merancang untuk melakukan huru hara di dalam negara.

"Pada 25 dan 26 April, bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas telah melancarkan satu operasi di Hulu Langat, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur ke atas sel anggota kumpulan pengganas yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas militan IS".

Menurut beliau pihak polis juga telah berjaya merampas serbuk bahan letupan, bendera IS dan beberapa lagi peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupaan.

"Seramai 12 orang suspek lelaki warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan umur 17 hingga 41 tahun telah berjaya ditangkap kerana disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Khalid berkata tindakan mereka ini adalah kerana terpengaruh dengan dakyah pemimpin mereka atas faktor Malaysia negara sekular.

"Rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota sel ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria, untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka.
Ini juga sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat atau mempunyai kaitan dengan IS oleh polis.

SYABAS... TAHNIAH... #PDRM

No comments:

Post a Comment