Saturday, 28 March 2015

KENA TAHAN LAGI...... BENJY DAN DADAH TIDAK DAPAT DIPISAHKAN !!!


KALAU sebelum ni rekod bersih... tiba-tiba kena tahan mungkin betul la ada orag khianat.. hasad dengki... naya dan sebagainya.  Tapi bila kali keempat ditahan atas sebab yang sama... lagi nak kata 'anak aku tak buat... anak aku diperdaya.... org buat naya kat anak aku'.  Gitu ekkk.....


Seorang pelakon lelaki yang juga anak dramatis terkenal ditahan untuk kali keempat selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor jam 1.40 pagi tadi.

Dia ditahan bersama seorang lagi lelaki Melayu setelah anggota polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu anggaran seberat 52.27 gram.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa menemui satu paket dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu anggaran seberat 193 gram.

Pemeriksaan pada but kereta, polis menjumpai satu kotak yang mengandungi beberapa botol plastik yang tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Selain itu terdapat tujuh balang kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik. Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sumber Berita Harian.

Kereta tu dh macam 'kilang bergerak' pulak ye?

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete