Wednesday, 18 March 2015

JET ACJ320 TELAH DIGUNAKAN KERAJAAN SEJAK 5 TAHUN LALU ???

Jetliner ACJ320

Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyerang Datuk Seri Najib Razak dengan melabel Perdana Menteri bergelumang keborosan dan pembaziran apabila membeli sebuah lagi jet peribadi.
Rafizi mendakwa pembelian jet baharu yang sudah disiap dengan logo 1Malaysia adalah untuk kegunaan peribadi Najib sedangkan Perdana Menteri sudah ada Airbus Commercial Jet (ACJ319) dan Boeing Business Jet (BBJ).
Jelas Rafizi cuba mengelirukan rakyat berhubung isu pembelian jet dengan pendaftaran 9H-AWK apabila mengaitkannya untuk kegunaan peribadi Najib.
Jet itu yang kini dikenali ACJ320, bukanlah jet baru seperti dituduh Ahli Parlimen PKR Pandan itu.
Tidak perlu jadi seorang yang cerdik untuk meneliti rekod jet dengan pendaftaran 9H-AWK itu kerana menerusi laman pencarian Google, dicatatkan sejarah pesawat itu.
ACJ320 Kerajaan Malaysia
9H-AWK dengan nama penerbangan Comlux Malta dan dimilik Aircraft Guranty Corp Trustee sudah berusia lima tahun dengan penerbangan pertama pada 25 Jan 2010.
Menurut Rafizi, kerajaan membeli jet berkenaan pada 1 Dis lalu dan dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.
Sudah tentu pemilihan syarikat berkenaan kerana mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian “Jet Kerajaan” ACJ 319 – Airbus sama model dengan ACJ320 ini.
Namun, perlu difahami bahawa pembelian ACJ320 ini adalah bagi menggantikan pesawat kerajaan VVIP jenis BBJ737-700NG pada kebiasaannya digunakan oleh Yang di Pertuan Agong, Permaisuri Agong, Raja-Raja dan kenamaan lain yang layak.
Manakala, Perdana Menteri hanya akan mengunakan pesawat berkenaan sekiranya pesawat yang beliau gunakan sekarang iaitu ACJ 319 mengalami kerosakan dan sedang diselenggarakan.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan pada Isnin sudah menjelaskan bahawa kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.
Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Lagipun, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.
“Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
“Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319,” menurut kenyataan itu.
Menurut JPM lagi, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001.
Amat jelas, ACJ320 bukan pesawat atau jet peribadi Najib sebaliknya adalah milik kerajaan.
Namun, Najib bertindak bijak kerana membuat keputusan menukar pesawat VVIP ini bertujuan mengurangkan kos menyelenggara pesawat lama disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Di Pertuan Agong serta Raja-Raja. SUMBER

No comments:

Post a Comment