Friday, 20 February 2015

PELAJAR PEREMPUAN BERUSIA 14 TAHUN DITAHAN POLIS DI KLIA MAHU KE SYRIA SERTA IS


KUALA LUMPUR : KELMARIN, Polis menahan seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana dipercayai cuba menyertai jihad kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pelajar terbabit telah membuat persiapan untuk perjalanan ke Syria menerusi Mesir dan polis percaya pelajar itu mempunyai rakan atau orang hubungan di Mesir.
"Gadis berkenaan terpengaruh dengan dakyah dalam laman sosial Facebook," katanya kepada pemberita sempena pelancaran Kempen Balik Kampung Ops Selamat 6/2015 sempena sambutan Tahun Baharu Cina di plaza tol Jalan Duta, di sini,semalam.
"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan dalang kes ini bagi mengetahui bagaimana pelajar terbabit mendapat tiket dan wang bagi menampung perbelanjaan untuk ke sana (Syria)," katanya.
Khalid menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau perkembangan anak-anak mereka agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang hasutan luar, yang hanya merosakkan masa depan mereka.
Pelajar perempuan terbabit kini ditahan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment