Ini ialah Hotel Zodiak yang terletak di Bandung. Minggu lalu sebuah demo dilakukan oleh penduduk beragama Islam setempat kerana mereka mendakwa logo hotel ini menghina kalimah Allah.
Menurut mereka gaya logo ini kelihatan seperti kalimah Allah yang diterbalikkan. Menurut pihak hotel pula lambang yang digunakan ialah lambang bintang Virgo sesuai dengan tema hotel berasaskan zodiak.
Memetik sumber dari sebuah blog menyatakan, logo ini sudah wujud sejak zaman sebelum kewujudan agama Islam. Pihak ugama Islam Bandung kini akan berbincang dengan pengusaha hotel untuk menyelesaikan masalah ini. Apa pendapat anda? Adakah ianya menghina kalimah Allah ataupun penduduk setempat yang kurang arif dengan logo kuno yang sudah wujud ribuan tahun?
No comments:
Post a Comment